Login

Register

Login

Register


Crowdfunding: Sponsor GST Leaflet

Recommended Price RM20.00

RM

Recommended Price RM20.00

Minimum price allowed RM20.00

Category:

Description

SUMBANGAN INISIATIF EDARAN RISALAH PENJELASAN PELAN PEMANSUHAN GST

Dato’ Seri Najib Razak seringkali dilihat memomok janji Pakatan Harapan untuk memansuhkan GST di dalam media arus perdana baru-baru ini dengan alasan tanpa GST perbendaharaan negara akan hilang RM42 bilion setahun. Tanggapan ini amat berbeza dengan realiti kerana negara ini tidak perlukan GST jika tabiat belanja dan ketirisan kerajaan Barisan Nasional dapat dikawal.

Secara ringkas, pelan untuk pemansuhan GST telah mengambil kira pungutan GST yang sebanyak RM42 Billion seperti diumumkan Perdana Menteri. Kutipan tersebut akan dapat diganti oleh kerajaan Pakatan Harapan dengan membanteras gejala rasuah, mengurangkan ketirisan, melaksanakan pentadbiran kewangan yang telus justeru mengurangkan bayaran faedah hutang tahunan negara, dan melaksanakan rasionalisasi cukai melalui pengenalan cukai ke atas keuntungan jual beli saham dan cukai jualan dan perkhidmatan.

Saya yakin dengan inisiatif ini, INVOKE Malaysia akan berjaya meyakinkan kebanyakan pengundi atas pagar bahawa pelan pihak pembangkang untuk memansuhkan GST bukan sahaja mampu untuk dilaksanakan, ianya akan berjaya untuk mengurangkan beban kos sara hidup mereka.

Sokongan rakyat Malaysia secara keseluruhannya amat diperlukan untuk memastikan inisiatif ini berjaya, kos untuk mencetak dan mengedar risalah-risalah ini bergantung sepenuhnya kepada sumbangan khalayak ramai yang prihatin dengan segala salah urus kerajaan sedia ada.

Share This